Saturday 26 November 2016

MAKANAN MENJIMATKAN DI SEKINCHAN


Nasi Buluh Sekinchan 


Nasi Buluh ini terletak di Sekinchan. Nasi putih yang dihidangkan didalam buluh serta kuah dan ikan masin. Ia juga disediakan bersama sambal belacan dan sedikit sayuran.
Harga bermula dari RM 3.00
Selain itu, ia juga menyediakan pelbagai jenis lauk yang boleh dimakan bersama nasi buluh tersebut. Antaranya seperti sayur sayuran, ayam dan ikan serta lain -  lain.
Air yang disediakan adalah bermula RM 2.00 dimana, bagi air yang dibayar pada harga ini, pelanggan boleh refill.. berbanding minuman lain. Antara minuman yang disediakan adalah Air Sirap, Kiwi dan lain - lain. Ini dapat membantu menimatkan perbelanjaan bagi pelanggan yang ingin berjimat tetapi mencuba pengalaman baharu.

 

Mee Kari Udang 

Mee udang yang sangat menyelerakan dan lazat ini boleh didapati di Sekinchan berhampiran dengan Pantai BM. Ia merupakan salah satu makanan yang mempunyai harga yang rendah tidak melebihi RM 10.00. Selain itu, ia juga turut menyediakan pelbagai jenis mee kari selain daripada udang. Bagi penggemar makanan laut, ia adalah salah satu hidangan menarik yang patut dicuba.
 Sekinchan merupakan salah satu tempat yang amat terkenal dengan mee udangnya, Justeru, pada pelanggan yang baru berkunjung ke sini, seharusnya tidak melepaskan peluang ini.